LAMAN CIKGU ISMI

CARILAH KETENANGAN HANYA DENGAN ZIKRULLAH

Ke blog Majlis Guru SMK Parit Panjang

  A'kum dan salam sejahtera semua.....Sebagai makluman....aktiviti dan sebarang info terkini untuk laman Cikgu Ismi telah berpindah ke http://mgksmkpp.blogspot.com yang lebih berinfomatif dan akan diupdate sekerap mungkin. Untuk itu sila layari laman blog tersebut. Moderatornya ialah diri saya sendiri....Cikgu Ismi

Berjumpa di sana ye.....bye

Link to Chemistry Website published by Mr. TJ Pereira

   Thanks to my Chemistry senior teachers Mr. TJ from SMK Raja Perempuan Ipoh. He is only the one teacher I know who is master in using ICT in their pedagogy very well. Congratulation and thanks you for sharing.

Thank a lots for your comment during the Etems Course (COHORT 5) at Pangkor in 2006.   In his website, there are many tips in chemistry learning and very usefull to chemistry students. Please log in www.kimia.smkrajaperempuanipoh.com 

Congratulation to Mr. TJ Pereira

10 Jan 2009

Perniagaan Hi-O & Susu Alpha Lipid

  Setelah hampir 36 tahun hanya bergelumang dengan dunia makan gaji,kini tibalah masa untuk menceburi bidang perniagaan. Kalau dulu hanya ditelinga sahaja diperdengarkan maksud al hadis "9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan" tetapi pintu hati masih tertutup dan tidak sampai seru kata orang. Tapi kini insyallah, masa utk merubah telah tiba. Oleh itu untuk kali pertama saya mencuba utk berniaga secara kecil kecilan dahulu... Perlu yakin dgn maksud al hadis itu baru boleh bertapak dan maju ke kehadapan.

    Marketing Bio-Aura dan Premium Beautiful dari Hi-O Marketing telah menambat hati ini untuk berniaga sambil beramal...Di samping itu juga khasiat Susu Alpha Lipid yang telah menunujukkan keberkesanan yang agak luar biasa.  

    Kepada sesiapa yang ingin menceburi diri dalam perniagaan ini silalah hubungi saya. Berniaga....beramal.....pendapatan sampingan yang lumayan.......membuat amal jariah.....kebahagiaan dunia dan insyallah utk akhirat juga                                28 Dec 2008

Projek F1 & Program iEarn

   Bersyukur kehadirat Allah s.w.t. kerana dalam masa cuti, cikgu dapat mempelajari basic Microsoft Access, membina laman web Panitia Sains SMKPP http://www.smkpp2009.webs.com , membuat module Sains utk tahun 2009, mendalami Software Solid Edge (untuk Projek F1) dan sedikit sebanyak membuat amal untuk membantu masyarakat kita memperolehi barangan berkualiti iaitu penapis air teknologi Nano iaiti BioAura dalam pakej harga mengikut kemampuan dan yang lebih utama ialah harga tetap(tanpa bunga). 

  Walaubagaimanapun kerja utama sekolah harus diteruskan demi menjamin akan kecemerlangan anak bangsa.

  Insyallah utk tahun 2009, cikgu akan membawa 4 ke 8 orang pelajar untuk menyertai pertandingan F1 yang akan bermula pada awal tahun. Sekiranya ada rezeki, cikgu juga akan menyertai Program iEarn diperingkat antarabangsa.

  Semoga sokongan daripada pelajar dan sekolah akan terus membantu usaha ini, insyallah. Aminn                  15 Dec 2008

KEJOHANAN TAE-KWAN- DO CHAMPION OLYMPIA REMAJA KEDAH TERBUKA KALI KE-2, 2008

  Syukur alhamdulillah sekali lagi, bermula pada 14-16 Nov 2008, saya selaku guru penasihat Kelab TKD SMKPP telah berjaya membawa 14 orang pelajar utk menyertai kejohanan tersebut. 10 daripada 14 orang telah berjaya merangkul pingat iaitu 1 emas, 2 perak, 7 gangsa mengikut kategori masing-masing.

  Seawalnya hampir semua pelajar enggan melibatkan diri ke kejohanan tersebut atas alasan takut, tetapi setelah didedahkan perasaan sebaliknya mula timbul dimana hampir semua tidak sabar-sabar lagi utk menjalani latihan serta menyertai kejohanan lagi. Hilang perasaan takut tapi timbul perasaan ghairah utk menang pula. Ini adalah kerana pada awalnya mereka takut kerana tahap mereka yang masih di tali pinggang kuning (tahap 8) berasa gementar untuk berhadapan mereka yang tali pinggang atas ( merah, biru, hitam). Namun berkat ungkapan keyakinan dan kata-kata semangat daripada saya serta jurulatih Mr. Silvamany (Kelab Super TKD Keroh) telah berjaya menyakinkan mereka semua. Syukuran.

  Kesimpulan: Setiap pelajar perlu di dedahkan dgn pelbagai aktiviti dan biarkan mereka merasakannya sendiri dan biarkan mereka sendiri yang mentafsirkan akan setiap perkara

                    

 Atikah & Khalijah (Emas & Perak)                                                         19 Nov 2008  

KEM KEPIMPINAN AJK TERTINGGI KELAB/PERSATUAN/SUKAN SMKPP 13-15 Nov 2008

 Syukur alhamdulillah ke hadhirat illahi, insyallah pada 13-15 Nov 2008 ini satu angkatan seramai 40 pelajar yang terpilih beserta puluhan guru dari SMKPP akan berkem di Puteri Ayu Resort Yan bagi menjalani satu lagi program tahunan yang terakhir untuk tahun 2008 iaitu KEM KEPIMPINAN. Sepastinya perkhemahan ala moden ini akan dimurnikan lagi dgn program-program pembinaan sahsiah pelajar terutamanya akan dilaksanakan. Unjuran daripada kem ini nanti saya selaku salah seorang fasilitator telah dipertanggungjawabkan utk meluangkan masa hampir 3 jam bagi menyampaikan slot yang lebih berkisarkan pertolongan cemas di sekeliling.. Disamping tayangan visual-visual yang bercorak pembinaan kerohanian juga motivasi pelajar akan tetap saya paparkan nanti.

  Kerjasama yang padu daripada jentera fasilitator antaranya Sheikh Hapidz, Sheikh Fauzi, Sheikh Zamri, Cikgu Anastashia, Cikgu Wan Rosmini, Cikgu Suhaila dan dll, akan pasti dapat meninggalkan kenangan ilmiah dan nostalgis kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam pelbagai variasi program yang telah dirancang....

   Pastikan anda tunggu disana.....!!!!!!!!!!                                         12 Nov 2008 

PROGRAM LEPASAN PMR 2008 SMKPP

 Alhamdulillah setelah hampir satu tahun di SMKPP, tibalah saat dipenghujung tahun. PMR pun sudah selesai dengan bekalan soalan sains yang saya ramalkan berdasarkan analisis daripada 6 buah soalan percubaan negeri-negeri di Malaysia. Ternyata 6/8 soalan adalah mengena. Walaubagaimanapun bentuk soalan yang agak berbeza, mungkin menyebabkan pelajar akan berasa keliru walaupun tajuk soalan yang keluar adalah seperti diramalkan. Insyallah mereka semua akan berjaya dengan cemerlang.

  Setelah penat dengan alam Pedagogi, kini sibuk pulak menyusun program utk pelajar lepasan PMR. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Antara yang menjadi fokus saya ialah Latihan Kecemasan PBSM dirumah dan lawatan ke Padang Besar. Oleh kerana saya telah pun mempunyai sijil kejurulatihan peringkat sekolah dalam unit PBSM di Institut Perguruan Darul Aman, maka berbekalkan ilmu dan pengalaman yang cetek inilah maka bermula titik tolah ketika inilah peluang saya utk mengasah bakat kejurulatihan yang ada. Kesimpulannya, sungguh membanggakan dan sangat berpuas hati kerana dalam masa 2.5 jam saya berjaya berceramah dan berbengkel dengan pelajar-pelajar dalam teknik balutan anduh dan bantuan CPR (Cardio Pulmonary Resucsitation) dengan jayanya. Alhamdulillah.   

                                                                                                                 31 Oktober 2008

MELAMAR SMKPP                              

    Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan dalam saya mengendalikan program mengajar di SMKPP, hari demi hari saya telah dapat mempelajari pelbagai kerenah murid yang cukup saya banggakan. Walaupun latar belakang pelajar sekolah ini dikalangan mereka-mereka yang mencari nafkah melalui menoreh getah, namun rasa hormat dan kecintaan mereka terhadap gurunya masih unggul. Ini semua telah mereka buktikan apabila tibanya Hari Guru. Ramai pelajar yang begitu perhatin dan mengucapkan selamat hari guru kepada saya.

  Tidak kurang juga ada yang bersusah payah menganugerahkan sepohon bunga dan hadiah yang pelbagai kepada guru-guru yang mereka sayangi. Saya juga tidak menyangka mendapat sebuah hadiah berupa Kalimah suci Allah dan Muhammad, sepohon bunga dan juga segelas MILO ais khas. Rasa sebak dan terharu juga. Namun begitu demi untuk melihat mereka berjaya di dalam akademik nanti, insyallah saya akan terus berusaha tanpa rasa jemu dan kecewa untuk mereka. Wassalam

01 JUN 2008

DAPATKAN LAKTOP,DIGITAL KAMERA DAN LAIN-LAIN BARANGAN TERMURAH DARIPADA USA                       

  Sekiranya anda ingin mendapatkan barangan terpakai dan baru laktop, digital. Layarilah laman http://kedaimakan.com/.

Renungilah Sejenak

Maksud Surah An Naml- Ayat 1 - 3

"
Inilah ayat-ayat Quran, kitab yang memberi penjelasan sebagai petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan membayar zakat, serta yakin adanya hari akhirat."                                                                                                                                              
Sudahkan anda mengeluarkan zakat ? Di sini anda boleh menyemak dan mengira zakat yang wajib ke atas anda.

Mari belajar Bahasa Jepun

Kepada anda yang berminat untuk belajar bahasa Jepun, bolehlah layari laman web ini. Bahasa Jepun.

Inginkan Motivasi

  Di dalam menempuh dan mengerja sesuatu ketika hayat masih ada, kita diselubungi dengan pelbagai hal dan perkara yang membina dan mematangkan diri sendiri. Namun begitu berapa ramai di antara kita yang berjaya mengatasi akan segala bentuk pengalaman ini dan mengecapi kejayaan. Justeru itu untuk memahirkan diri sendiri, satu teknik yang sungguh berkualiti dapat dicapai melalui penerangan daripada TSR untuk semua peringkat mulai kanak-kanak(pelajar) sehinggalah ke peringkat profesional (Jurutera, doktor dll).