Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan dalam saya mengendalikan program mengajar di SMKPP, hari demi hari saya telah dapat mempelajari pelbagai kerenah murid yang cukup saya banggakan. Walaupun latar belakang pelajar sekolah ini dikalangan mereka-mereka yang mencari nafkah melalui menoreh getah, namun rasa hormat dan kecintaan mereka terhadap gurunya masih unggul. Ini semua telah mereka buktikan apabila tibanya Hari Guru. Ramai pelajar yang begitu perhatin dan mengucapkan selamat hari guru kepada saya. | Tidak kurang juga ada yang bersusah payah menganugerahkan sepohon bunga dan hadiah yang pelbagai kepada guru-guru yang mereka sayangi. Saya juga tidak menyangka mendapat sebuah hadiah berupa Kalimah suci Allah dan Muhammad, sepohon bunga dan juga segelas MILO ais khas. Rasa sebak dan terharu juga. Namun begitu demi untuk melihat mereka berjaya di dalam akademik nanti, insyallah saya akan terus berusaha tanpa rasa jemu dan kecewa untuk mereka. Wassalam |
01 JUN 2008
Sekiranya anda ingin mendapatkan barangan terpakai dan baru laktop, digital. Layarilah lamanhttp://kedaimakan.com/.
Maksud Surah An Naml- Ayat 1 - 3
"Inilah ayat-ayat Quran, kitab yang memberi penjelasan sebagai petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan membayar zakat, serta yakin adanya hari akhirat." Sudahkan anda mengeluarkan zakat ? Di sini anda boleh menyemak dan mengira zakat yang wajib ke atas anda
Kepada anda yang berminat untuk belajar bahasa Jepun, bolehlah layari laman web ini.Bahasa Jepun.
Di dalam menempuh dan mengerja sesuatu ketika hayat masih ada, kita diselubungi dengan pelbagai hal dan perkara yang membina dan mematangkan diri sendiri. Namun begitu berapa ramai di antara kita yang berjaya mengatasi akan segala bentuk pengalaman ini dan mengecapi kejayaan. Justeru itu untuk memahirkan diri sendiri, satu teknik yang sungguh berkualiti dapat dicapai melalui penerangan daripada TSR untuk semua peringkat mulai kanak-kanak(pelajar) sehinggalah ke peringkat profesional (Jurutera, doktor dll).
Sekolah lama : http://smkbatu4.page.tl/
Surau di tempat tinggal sekarang: http://syakirinbps8.webs.com