Nostalgia Pertama Posting
Kali pertama bergelar seorang guru adalah satu senario yang tidak pernah terfikir sejak dibangku sekolah lagi. Namun kenangan itu adalah yang terbaik dan paling manis yang pernah dirasai kerana kita berpeluang untuk mengenali sikap dan sifat pelbagai manusia melalui ruang komunikasi anatara seorang guru dan pelajarnya. Dengan erti kata lain, satu ruang untuk mengkaji personaliti makhluk yang bergelar manusia. Subhanallah
Majlis Perkahwinan
Suatu pengalaman bersama yang tersayang jatuh pada tanggal 7 Jun 1999 di Kuala Selangor. Titik pertemuan dengan wanita pilihan ini telah berlaku ketika saya menuntut ilmu di Nagaoka University. Pertemuan yang tidak disangka-sangka telah membawa kejinjang pelamin.
Anugerah Ijazah Kejuruteraan Kimia Nagaoka University, Jepun
Untuk kali pertamanya setelah 6 tahun di Jepun, saya telah berjaya mencapai segulung ijazah yang bergelar Ijazah Kejuruteraan Kimia dari University Nagaoka Jepun.
Anugerah Diploma Perguruan IPDA, Kedah Darul Aman
Menerima anugerah Dip. Perguruan setelah 7 tahun berkhidmat sebagai seorang jurutera di Toyo Memory of Tech. Namun semangat kegigihan tidak pernah luntur untuk terus belajar.