LAMAN CIKGU ISMI

CARILAH KETENANGAN HANYA DENGAN ZIKRULLAH

TA'ARUF (SEJARAH KEHIDUPAN)

    1- Dilahirkan pada 28 Nov 1973 di sebuah teratak usang di Kpg Jeram Mengkuang ,Bidor Perak

    2- Mula bersekolah tabika pada 1979 di kampung tersebut.

    3- Tahun 1980 menempuh alam persekolahan buat kali pertama di Sek Ren. Keb Jeram Mengkuang Bidor, Perak

    4- Sehingga tahun 1984, darjah 5, berjaya menduduki PPDL dengan keputusan 4A1B. Kemudian berhijrah mengikut keluarga ke Modal Sri Pandan Kuantan Pahang iaitu di Sek. Keb Pancing Timor, Kuantan.

     5- Bersekolah Ting. 1 & 2 di Sek. Men. Keb. Pancing Selatan pada tahun 1986 dan 1987.

    6- Tahun 1988 berhijrah lagi ke Kluang Johor mengikut keluarga dan bersekolah di Sek. Men. Sultan Abdul Jalil Kluang dan menduduki SRP di sana. Syukuran kerana berjaya mendapat  6A. 

    7- Tahun 1989 telah melanjutkan pelajaran ke MRSM Muar sehingga tahun 1990 dan telah berjaya mendapat Pangkat 1 (A12) dalam SPM.

    8- Tahun 1991, meneruskan lagi pelajaran ke Pusat Persediaan ITM untuk ke Jepun dalam program Dasar Pandang Ke Timur.

    9- Pada  awal tahun 1992, telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Negara Matahari terbit (Jepun) dalam jurusan kejuruteraan kimia untuk 4 tahun. Setahun untuk program bahasa Jepun dan 3 tahun Diploma Kejuruteraan Kimia.

    10- 1993 - 1996 di Kolej Ichinoseki, Iwate untuk Diploma Kejuruteraan Kimia

    11- 1996 - 1998 di Universiti Nagaoka of Tech, Nagaoka, Niigata untuk Ijazah Kejuruteraan Kimia.

    12- 1998 , mula berkhidmat sebagai Engineer di Syarikat Toyo Memory of Tech. Kulim Hi-Tech Kedah sehingga 2004.

    13- Tahun 2005 , telah bertukar profesion melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Darul Aman dalm program KPLI.

    14- 2006, posting yang pertama ke SMK Batu 4, Gerik Perak sebagai guru Kimia dan Matematik.

    15- 2008, posting ke 2 ke SMK Syed Abu Bakar Kupang, Kedah sehingga 22 Jan 2008 . Sekadar 3 minggu sahaja.

     16- 23 Jan 2008, sekali lagi telah berpindah ke SMK Parit Panjang, Kupang yang mana kedudukannya lebih dekat dengan rumah. Syukuran  sehingga kini.